Kesan teknik tazkiyatun an-nafs untuk menangani kemurungan pelajar universiti

Nur Dayana Dalila Al Helmi Affendi, and Nurul Fazzuan Khalid, and Siti Mastura Baharudin, (2021) Kesan teknik tazkiyatun an-nafs untuk menangani kemurungan pelajar universiti. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (10(SI)). pp. 94-106. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1449

Abstract

Isu kemurungan dalam kalangan pelajar universiti merupakan suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah. Samada ianya berpunca daripada kawalan kendiri pelajar itu sendiri ataupun kesukaran menangani cabaran dan tugasan bagi kursus yang dihadapi, ianya memerlukan intervensi yang tepat agar pelajar ini dapat menamatkan pengajian seterusnya menyelamatkan bakal tenaga kerja negara masa hadapan. Justeru, kajian reka bentuk gabungan ini dijalankan untuk mengukur kesan teknik tazkiyatun an-nafs untuk menangani kemurungan pelajar universiti berdasarkan kepada tiga tujuan utama berikut. Pertama, mengukur tahap kemurungan pelajar universiti. Kedua, mengenal pasti simptom kemurungan yang dinilai melalui verbatim sesi kaunseling dan pemerhatian Mental Status Examination (MSE) sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Ketiga, mengukur kesan penggunaan teknik Tazkiyatun an- Nafs terhadap tahap kemurungan pelajar universiti. Kajian ini menggunakan pendekatan subjek kes tunggal yang dipilih berdasarkan persampelan rawak bertujuan. Pendekatan ini merupakan kaedah sistematik yang memfokuskan kepada seorang sampel sahaja bagi membolehkan proses analisa mendalam dibuat terhadap keberkesanan intervensi yang digunakan. Sebarang perubahan pada diri sampel sepanjang intervensi dapat diperhatikan dan dicatakan secara konsisten sepanjang proses intervensi dijalankan. Responden dalam kajian ini merupakan seorang pelajar universiti awam tempatan di peringkat pengajian ijazah sarjana. Data kuantitatif kemurungan bagi ujian pra dan ujian pos telah dikumpulkan menggunakan Soal selidik Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21). Data kualitatif bagi mengenalpasti simptom kemurungan dikumpulkan melalui melalui verbatim sesi kaunseling dan pemerhatian Mental Status Examination (MSE) sepanjang sesi kaunseling dijalankan manakala data kuantitaif dikumpulkan berdasarkan skor Percentage Non-Overlapping Data (PND) Hasil kajian menunjukkan; pertama, tahap kemurungan subjek telah menurun selepas mengikuti intervensi yang dijalankan. Kedua, simptom kemurungan subjek kajian dapat dikenalpasti dan dikelaskan kepada beberapa tema iaitu fisiologi, kognitif, emosi dan tingkah laku berdasarkan analisa verbatim sepanjang rawatan dijalankan. Ketiga, teknik Tazkiyatun an-Nafs didapati berkesan merawat isu kemurungan pelajar universiti. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan penggunaan intervensi Tazkiyatun an-Nafs berkesan dalam membantu pelajar universiti yang kemurungan sekaligus membantu pelajar ini kembali fokus kepada pengajian.

Item Type:Article
Keywords:Tazkiyatun an-Nafs; Kemurungan; Sesi kaunseling; DASS-21; Kajian kes tunggal
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19038
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 01:14
Last Modified:25 Jul 2022 01:15

Repository Staff Only: item control page