Penguasaan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF sekolah rendah

Hasnurol Hashim, and Ab Halim Mohamad, and Kaseh Abu Bakar, and Maheram Ahmad, and Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, (2021) Penguasaan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF sekolah rendah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (10(SI)). pp. 127-142. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1449

Abstract

Kosa kata Arab merupakan elemen penting bagi menguasai bahasa Arab dan kemahiran asas bahasanya, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi program j-QAF, secara keseluruhannya kosa kata Arab yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah ialah sebanyak 600 patah perkataan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah, murid masih melakukan kesalahan terutamanya dalam aspek mengeja perkataan Arab, mengetahui makna perkataan Arab dan menggunakannya dalam ayat. Kajian ini bertujuan mendedahkan sejauh mana penguasaan murid sekolah rendah terhadap penerapan kosa kata nilai yang dipelajari menerusi program j-QAF dalam aspek ejaan, pengetahuan makna perkataan dan penggunaannya dalam ayat dalam pembelajaran bahasa Arab. Pengkaji telah menjalankan ujian penguasaan kosa kata Arab yang merangkumi tiga aspek yang perlu dikuasai ke atas 120 orang murid tahun tiga sekolah rendah kebangsaan di daerah Klang Selangor, dan sebanyak 360 skrip jawapan telah diperolehi dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian peratus lulus gred A, B, dan C bagi aspek ejaan perkataan Arab ialah 100 peratus, aspek pengetahuan makna sebanyak 84 peratus dan aspek penggunaan perkataan dalam ayat sebanyak 63 peratus. Manakala dapatan berkaitan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab mengandungi lima klasifikasi penerapan, iaitu kata hikmah dan perumpamaan (al-Hikam wa al-‘Amthal), ilmu pengetahuan (al-‘Ulum wa Ma’rifah), nilai mulia (al-Qiyam al-Nabilah), nilai patriotisme (al-Qiyam al-Wataniah) dan nilai sosiobudaya (al-Nizam al-‘Ijtima’iyyah wa al-Thaqafah). Implikasi kajian menyumbang kepada penemuan baru dalam kajian bahasa bahawa pembelajaran kosa kata turut boleh diterapkan unsur nilai dan akhlak yang mulia dalam pembelajaran bahasa di peringkat sekolah rendah.

Item Type:Article
Keywords:Penguasaan; Penerapan kosa kata nilai; Kemahiran bahasa dan program j-QAF
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19041
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 01:35
Last Modified:25 Jul 2022 01:18

Repository Staff Only: item control page