Politik penaungan dalam pilihanraya di Sarawak : kajian kes di DUN N.34 Batang Ai semasa pilihanraya Negeri Sarawak ke-11

Anthony Anak Tutong, and Neilson Ilan Mersat, (2021) Politik penaungan dalam pilihanraya di Sarawak : kajian kes di DUN N.34 Batang Ai semasa pilihanraya Negeri Sarawak ke-11. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (10(SI)). pp. 143-156. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
442kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1449

Abstract

Kajian ini menjelaskan tentang peranan politik penaungan semasa pilihan raya DUN ke-11 Sarawak pada tahun 2016. Kajian ini juga bertujuan untuk membuktikan sama ada unsur-unsur politik lama masih dominan dalam proses politik pada hari ini terutamanya di kawasan pinggiran di Sarawak seperti di DUN N.34 Batang Ai. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan variasi-variasi politik penaungan yang telah digunakan oleh calon untuk mendapatkan sokongan politik semasa pilihan raya. Di samping itu, untuk menganalisis sama ada kegagalan pengagihan RTP dan MRP kepada penduduk setempat memberi kesan kepada sokongan politik. Objektif ketiga ialah untuk menjelaskan tentang hubungan amalan ritual dengan politik penaungan yang selalu digunakan oleh calon semasa pilihan raya di kawasan majoriti Iban. Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan bagi menjelaskan tentang politik penaungan semasa pilihan raya berfokus kepada pilihan raya di DUN ke-11 N.34 Batang Ai pada tahun 2016. Metod lain ialah metod temubual, pemerhatian umum dan pemerhatian turut serta juga telah digunakan. Ketiga-tiga metod ini amat relevan dalam pengumpulan data untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa landskap politik di kawasan kajian masih lagi dipacu oleh dominasi politik penaungan. Variasi politik penaungan seperti RTP dan MRP, Lawatan Sambil Belajar, Projek Baik pulih Rumah, Tungkus Asi, Pelantikan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat, Ahli Majlis Daerah dan penggunaan Amalan Ritual Miring masih digunakan sebagai alat politik penaungan. Paling ketara ialah penggunaan variasi baharu politik penaungan lokal iaitu Tungkus Asi dan Ritual Miring. Kesemua variasi ini merupakan sebahagian daripada timbal balas mendapatkan sokongan politik semasa pilihan raya.

Item Type:Article
Keywords:Politik penaungan; Konsep timbal balas; Tungkus Asi dan Ritual Miring
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19042
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 01:39
Last Modified:25 Jul 2022 01:19

Repository Staff Only: item control page