Cabaran amil Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam Revolusi Perindustrian 4.0

Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki, and Jasni Sulong, and Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, (2020) Cabaran amil Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (1). pp. 1-8. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
472kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-51/

Abstract

Terdapat lapan asnaf yang telah termaktub di dalam al-Qur’an yang layak untuk menerima agihan zakat antaranya adalah amil. Menurut al-Qardhawi, amil memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti mengumpul, mengira, menyimpan, mengurus, merancang, menjaga dan mengagih harta zakat kepada mereka yang berhak. Dalam mengharungi revolusi perindustrian 4.0 yang melibatkan Internet Of Things (IOT) atau internet kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian, pastinya amil mempunyai cabaran yang lebih luas dalam memperkasa institusi zakat. Berbeza dengan era revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik serta revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT), tugas yang digalas oleh amil terutamanya dalam aspek kutipan dan agihan pastinya memerlukan mereka bergerak secara produktif seiring dengan perkembangan teknologi pintar. Namun, timbul persoalan adakah amil-amil yang ditugaskan di instusi-institusi zakat terutamanya Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah bersedia dengan arus perubahan revolusi ini. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh LZNK dalam pengurusan agihan dan kutipan zakat. Seterusnya, kajian ini turut mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak LZNK dalam memperkasa peranan amil agar dilihat menepati kehendak arus semasa pengurusan zakat. Kajian ini adalah kajian kualitatif. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen dan temubual tidakberstruktur. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh LZNK dalam revolusi perindustrian 4.0 antaranya pengetahuan dalam teknologi kewangan (Fintech), akses kepada media sosial, dan gejala tular dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, beberapa cadangan bagi memperkasa peranan amil turut dikemukakan agar institusi zakat dilihat releven dengan kehendak semasa serta memberikan manfaat yang besar terhadap umat Islam.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Amil; Zakat; Revolus; Perindustrian 4.0
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19046
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 07:04
Last Modified:25 Jul 2022 01:26

Repository Staff Only: item control page