Implikasi pindaan Akta 164 terhadap perkahwinan dan harta pusaka mualaf

Rina Fakhizan Mohd Sukri, and Zuliza Mohd Kusrin, and Mohd Zamro Muda, (2020) Implikasi pindaan Akta 164 terhadap perkahwinan dan harta pusaka mualaf. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (1). pp. 9-15. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-51/

Abstract

Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak, suami atau isteri perkahwinan sivil, lazimnya menimbulkan implikasi perundangan sama ada mengenai diri mualaf atau terhadap ahli keluarga. Isu berbangkit melibatkan pasangan daripada perkahwinan sivil, apabila salah seorang daripadanya memeluk agama Islam, antaranya ialah pembubaran perkahwinan, dan perwarisan serta pembahagian harta perkahwinan. Justeru, penulisan ini akan membincangkan pindaan terkini ke atas Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 yang melibatkan pasangan perkahwinan sivil yang memeluk Islam. Objektif penulisan ini ialah menilai implikasi pindaan Akta 164 terhadap permohonan pembubaran perkahwinan dan perwarisan serta pembahagian harta antara pasangan mualaf dan pasangan yang kekal sebagai non-muslim. Penulisan menghurai secara kualitatif data-data yang dikumpul menggunakan analisa deskriptif dan dipersembahkan mengikut tematema yang sesuai. Analisis Data mendapati sebelum pindaan Akta 164 diluluskan, terdapat kes di mana harta pusaka mualaf diberikan kepada pasangannya yang tidak memeluk agama Islam. Ini kerana perkahwinan sivil mereka kekal dan sah dari sudut perundangan sivil dan tidak terbubar disebabkan pengislaman pasangannya. Seksyen 51 Akta 164 telah dipinda pada tahun 2017, namun sehingga kini masih belum terdapat kes-kes yang berkaitan. Namun, pindaan membolehkan perkahwinan sivil dibubarkan kerana hak diberi kepada pihak yang tidak memeluk Islam serta mualaf untuk memohon membubarkan perkahwinan sivil mereka. Kajian ini merumuskan bahawa selepas berlaku pindaan terhadap Akta 164, isu pembubaran perkahwinan sivil dapat diselesaikan termasuk juga isu pewarisan bagi pihak yang memeluk agama Islam. Pindaan ini secara langsung memudahkan kedua-dua pihak meyelesaikan isu pembahagian harta pusaka. Sekiranya perkahwinan telah terbubar secara langsung harta pusaka tidak akan dapat diwarisi oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam dan pembahagian harta pusaka boleh dibahagikan kepada pihak yang layak untuk menerima. Sekiranya pihak yang memeluk agama Islam tidak mempunyai waris yang beragama Islam, harta pusaka tersebut akan diberikan kepada baitulmal.

Item Type:Article
Keywords:Pindaan Akta 164; Mualaf; Pewarisan; Perkahwinan; Malaysia
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19047
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 07:14
Last Modified:25 Jul 2022 01:29

Repository Staff Only: item control page