Rangkaian guru-guru Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani dalam membentuk keperibadian seorang tokoh usul fiqh

Mohd Hanafi Mohd Razali, and Muhammad Adib Samsudin, (2020) Rangkaian guru-guru Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani dalam membentuk keperibadian seorang tokoh usul fiqh. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (1). pp. 16-25. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
542kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-51/

Abstract

Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani merupakan salah seorang tokoh ilmuan Nusantara yang begitu disegani dunia Islam pada abad ke-20. Ini disebabkan kerana nama beliau begitu sinonim dan terkenal sebagai ahli hadith dan sanad di seluruh dunia. Akan tetapi perkara ini tidak menafikan bahawa beliau mempunyai penguasaan ilmu yang luas dalam setiap disiplin ilmu. Antara ilmu yang beliau kuasai ialah ilmu usul fiqh. Sehubungan itu, artikel ini akan mengkaji mengenai rangkaian guru-guru beliau yang telah membentuk kredibiliti dan ketokohan beliau dalam bidang usul fiqh sehingga layak bergelar seorang al-Usuli. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang dilakukan melalui pengumpulan data keperpustakaan dan dianalisis menggunakan pendekatan induktif dan historikal. Hasil kajian mendapati bahawa Shaykh Yasin al-Fadani benar-benar merupakan seorang ahli usul yang terkemuka. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui sejarah pembelajaran beliau daripada guru-gurunya dan hasil karya penulisan yang ditinggalkan dalam ilmu usul fiqh. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan memberi suatu dimensi baru terhadap kajian keilmuan Shaykh Yasin al-Fadani dan tidak mengkhususkan beliau dalam sesuatu disiplin ilmu sahaja.

Item Type:Article
Keywords:Ulama melayu; Usul fiqh; Guru; Yasin al-Fadani; Kitab
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19048
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 07:20
Last Modified:25 Jul 2022 01:31

Repository Staff Only: item control page