Pengurusan pembangunan portfolio aset wakaf : keterdedahan risiko dan pengurusannya

Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, and Salmy Edawati Yaacob, and Mohamad Sabri Harun, (2020) Pengurusan pembangunan portfolio aset wakaf : keterdedahan risiko dan pengurusannya. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (1). pp. 26-36. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-51/

Abstract

Pengurusan pembangunan portfolio aset wakaf berhadapan dengan isu kekangan dana untuk membangunkan aset tidak alih, membentuk aset baharu serta porfolio aset wakaf yang kurang dinamik. Walaupun terdapat beberapa cadangan pendekatan yang telah diketengahkan oleh pengkaji lepas, ianya belum dilaksanakan sepenuhnya. Perhatian turut diberikan terhadap isu-isu pengoperasian, kewangan, undang-undang, reputasi dan pematuhan yang menjadi perhatian dalam kalangan pengkaji. Aktiviti-aktiviti pembangunan dalam sektor ekonomi dan kewangan sering mempertimbangkan kedudukan risiko dan memerlukan penganalisisan bagi menentukan pendekatan pengurusan risiko. Justeru artikel konseptual ini bakal menganalisis secara komprehensif terhadap isuisu dalam aktiviti pembangunan wakaf melalui kajian lepas bagi mengenal pasti risiko-risiko yang wujud seterusnya memberikan idea pendekatan pengurusan risiko yang bersesuaian dalam konteks wakaf. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti tadbir urus dan pengoperasian merupakan bahagian utama yang telah terdedah kepada risiko dan telah menyebabkan wujudnya risiko-risiko yang lain. Selain itu, analisis keterdedahan risiko turut mengenal pasti pendekatan yang lebih holistik dan moden kerana hubung kait secara menyeluruh di antara risiko-risiko yang terdedah seterusnya mengukuhkan pembangunan portfolio aset wakaf.

Item Type:Article
Keywords:Institusi kewangan Islam; Pengurusan risiko; Tadbir urus; Wakaf korporat; Organisasi tidak bermatlamatkan keuntungan
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19049
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 07:34
Last Modified:25 Jul 2022 01:32

Repository Staff Only: item control page