Muzik dan pembangunan sosial: paparan dasar industri hiburan dalam akhbar-akhbar di Malaysia

Norshafawati Saari, and Asiah Sarji, and Fuziah Kartini Hassan Basri, (2010) Muzik dan pembangunan sosial: paparan dasar industri hiburan dalam akhbar-akhbar di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 26 (2). pp. 47-65. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
73kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom

Abstract

sifatnya. Kerana itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi asas muzik adalah sebagai hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai salah satu bidang budaya jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi,muzik mengandungi utusan dalam bentuk lirik. Gabungan keduadua melodi dan lirik boleh meletakkan muzik sebagai salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam kehidupan manusia.Kerana itu, ada juga pihak yang melihat muzik sebagai khazanah budaya sesuatu bangsa yang mampu menggambarkan imej dan ketamadunan budaya sesuatu bangsa itu. Ada juga yang melihatnya sebagai salah satu cabang aktiviti ekonomi yang boleh membentuk industrinya sendiri seterusnya membantu perkembangan pembangunan sosial. Industri muzik di Malaysia wujud atas faktor kedua-dua keadaan tersebut. Tetapi, sejauhmanakah masyarakat umum sedar tentang keadaan ini? Sejauhmanakah, aspek ini diberi perhatian oleh media cetak dalam memberi bentuk terhadap aplikasi muzik dalam dasar awam negara yang boleh memberi makna kepada pengguna-penggunanya? Dengan kata lain, sejauhmana isu yang berkaitan dengan industri muzik diberi perhatian oleh akhbar di Malaysia? Dengan menggunakan perspektif kajian isu dasar yang berkaitan industri muzik, makalah ini meneroka isu-isu tersebut melalui data yang dikumpul melalui kaedah analisis kandungan akhbar. Kesemua akhbar telah dipilih secara rawak daripada ketiga-tiga bahasa utama di Semenanjung

Item Type:Article
Keywords:music; music industry; music information in newspaper; content analysis; newspaper and social development
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:1905
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Jun 2011 04:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page