Peranan mediator faktor kewangan terhadap penentu pembayaran sewaan premis komersial wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Mohammad Syukri Jalil, and Mohd Sabri Abd. Ghafar, and Azarudin Awang, (2020) Peranan mediator faktor kewangan terhadap penentu pembayaran sewaan premis komersial wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (2). pp. 1-21. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
841kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-52/

Abstract

Faktor kewangan merupakan elemen penting sebagai penentu kepada pembayaran sewaan terutamanya melibatkan perolehan hasil sewaan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Hal ini disebabkan, hasil perolehan wakaf masih kurang memuaskan hampir setiap tahun berbanding anggaran hasil perolehan sewaan wakaf yang sepatutnya diperoleh oleh MAINPP. Oleh itu, kertas kerja ini akan menggunakan faktor kewangan sebagai mediator bagi mengukur hubungan terhadap faktor pembayaran sewaan. Persoalannya, bagaimanakah peranan mediator faktor kewangan mempengaruhi faktor pembayaran sewaan premis komersial wakaf? Disebabkan itu, mediator faktor kewangan akan dijadikan alat bagi mengukur faktor pembayaran sewaan dalam kalangan penyewa premis komersial wakaf di MAINPP. Mediator faktor kewangan akan menguji tujuh faktor pembayaran iaitu kesedaran, kepatuhan agama, keutamaan, kepenggunaan, pergantungan, hutang dan pengurusan. Justeru, reka bentuk kerja ini berbentuk statistik inferens dengan menggunakan kaedah borang soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Sebanyak 40 borang soal selidik dianalisis yang melibatkan penyewa premis komersial wakaf. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 22 dan Smart-PLS versi 3.2.7. Hasil dapatan menunjukkan peranan mediator faktor kewangan memberi kesan yang sederhana terhadap penentu pembayaran sewaan berdasarkan ujian q². Kesan mediator faktor kewangan juga menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap faktor kesedaran dan kepenggunaan secara hubungan tidak langsung apabila nilai koefisien teranggar terhadap faktor kesedaran dan kepenggunaan menunjukkan kesan positif.

Item Type:Article
Keywords:Mediator; Sewaan; Kewangan; Kesedaran dan kepenggunaan
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19050
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 07:54
Last Modified:25 Jul 2022 01:39

Repository Staff Only: item control page