Pelaksanaan kontrak muamalat oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) buta dalam sistem kewangan Islam

Ruzian Markom, and Mohamad Anwar Zakaria, and Azman Ab Rahman, (2020) Pelaksanaan kontrak muamalat oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) buta dalam sistem kewangan Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (2). pp. 29-41. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
515kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-52/

Abstract

Mutakhir ini, sistem kewangan Islam di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan jayanya. Terdapat pelbagai produk kewangan Islam yang telah berjaya dibangunkan untuk memenuhi kehendak masyarakat Islam di Malaysia. Produk-produk yang diperkenalkan oleh institusi kewangan Islam ini adalah berasaskan kontrak dan prinsip muamalat Islam contohnya seperti mudharabah, wakalah, ijarah, kafalah, musyarakah dan pelbagai lagi. Dalam menghadapi perkembangan produk kewangan Islam yang kian meluas, timbul isu mengenai pelaksanaan kontrak muamalat ini dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) sama ada ia dibenarkan dari segi hukum syarak atau sebaliknya. Justeru itu, objektif kajian ini, adalah untuk menganalisa kesesuaian kontrak muamalat dalam kalangan OKU menurut perspektif hukum syarak. Memandangkan golongan ini terbahagi kepada beberapa kategori, kajian ini akan memfokuskan kepada kategori buta sahaja. Kajian ini berbentuk kualitatif meliputi kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan kontrak muamalat oleh golongan OKU Buta dalam sistem kewangan Islam secara umumnya adalah dibolehkan menurut pandangan majoriti fuqaha’ dengan syarat menepati ketetapan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada ahli akademik, para pelajar dalam bidang kewangan Islam, institusi bukan kerajaan dan agensi kerajaan bertanggungjawab mendepani isu-isu berkaitan. Kajian lanjutan boleh dilakukan terhadap beberapa lagi kategori yang lain contohnya seperti pekak, bisu, kurang upaya fizikal dan sebagainya dalam rangka untuk memahami realiti dan permasalahan muamalat dalam sistem kewangan Islam dengan lebih terperinci.

Item Type:Article
Keywords:Kontrak muamalat; Orang kelainan upaya; Kewangan Islam
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19052
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 08:09
Last Modified:25 Jul 2022 01:41

Repository Staff Only: item control page