Fungsi dan tanggungjawab Pegawai Syariah dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI 2013)

Mat Noor Mat Zain, and Najihah Ali, and Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, (2020) Fungsi dan tanggungjawab Pegawai Syariah dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI 2013). Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (2). pp. 42-52. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
419kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-52/

Abstract

Pegawai Syariah adalah antara individu berperanan memastikan aktiviti dan operasi IKI sentiasa mematuhi kehendak Syariah sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013). Namun APKI tidak menyatakan secara khusus peranan dan tanggungjawab pegawai syariah sehingga menimbulkan persoalan mengenai kedudukan dalam institusi kewangan Islam. Oleh itu artikel ini akan menganalisis peranan mereka berdasarkan APKI 2013. Kajian ini berbetuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai metod pengumpulan data dan kaedah deskriptif sebagai metod analisis data. Kajian mendapati bahawa peruntukan APKI ada menjelaskan peranan pegawai syariah yang terlibat dalam proses pengauditan dan pengurusan risiko syariah. Umumnya, seksyen 35(1) menjelaskan peranan pegawai syariah adalah memberi maklumat mengenai penilaian yang dijalankan kepada Jawatankuasa Syariah atau Shariah Committee (SC). Manakala, secara khususnya APKI menekankan perkara yang berkaitan audit syariah yang menghendaki setiap juruaudit yang dilantik mengemukakan laporan mengenai audit pematuhan syariah yang telah dijalankan bertujuan untuk memastikan pematuhan syariah dalam operasi IKI.

Item Type:Article
Keywords:Pegawai syariah; Tanggungjawab; IFSA; Audit; Review
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19053
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 08:18
Last Modified:25 Jul 2022 01:42

Repository Staff Only: item control page