Kawalan undang-undang terhadap pembinaan rumah ibadat di Malaysia

Nurul Faezah Md Ahair, and Zuliza Mohd Kusrin, (2020) Kawalan undang-undang terhadap pembinaan rumah ibadat di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (2). pp. 53-64. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-52/

Abstract

Pembinaan rumah ibadat termasuk hak mengamalkan agama dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan, namun undang-undang berkaitan tidak dipatuhi sepenuhnya kerana wujud penganut agama membina rumah ibadat tanpa mengikut piawaian dan tidak berdaftar. Tindakan tersebut bersandarkan pemahaman bahawa pembinaan rumah ibadah adalah termasuk dalam hak mengamalkan ajaran agama yang dijamin oleh Perlembagaan.Artikel ini bertujuan menganalisis tuntutan pembinaan rumah ibadat menurut ajaran agama-agama dan kawalan undang-undang yang disediakan bagi pembinaan rumah ibadat orang Islam dan bukan Islam di Malaysia. Hasil kajian mendapati rumah ibadat menjadi keperluan kepada penganut setiap agama berdasarkan kepada tuntutan ibadah yang memerlukan tempat berhimpun untuk melaksanakan aktiviti keagamaan. Namun terdapat agama yang tidak menyatakan tuntutan secara bertulis dalam kitab-kitab suci mereka terhadap keperluan mendirikan rumah ibadat. Kajian juga mendapati peruntukan perundangan dan garis panduan bagi pembinaan rumah ibadat yang telah dinyatakan melalui Perlembagaan Persekutuan, Akta atau Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri-negeri, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Garis Panduan Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara, Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan dan Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Islam. Pembinaan rumah ibadat bagi semua agama dijamin Perlembagaan Persekutuan.Seterusnya, kajian mendapati Perlembagaan Persekutuan memperuntukan jaminan bagi pengurusan kewangan pembinaan rumah ibadat bukan Islam melalui Perkara 11(3)(c). Begitu juga bagi agama Islam jaminan kewangan bagi pengembangan pendidikan Islam termaksuklah aktiviti pengembangan agama yang dilaksanakan di masjid diperuntukan dengan jelas dalam Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Agama; Rumah ibadat; Islam; Bukan Islam; Jaminan undang-undang
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19054
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 08:24
Last Modified:25 Jul 2022 01:43

Repository Staff Only: item control page