Garis panduan kontrak derivatif berasaskan syariah

Mohd Hafiz Mohd Dasar, and Azlin Alisa Ahmad, and Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, (2020) Garis panduan kontrak derivatif berasaskan syariah. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (2). pp. 65-76. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
429kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-52/

Abstract

Kontrak derivatif merupakan kaedah pengurusan risiko atau lindung nilai yang penting dalam dunia kewangan. Namun, kontrak ini masih tidak memenuhi kehendak Syariah sepenuhnya. Spekulasi dalam pasaran derivatif merupakan isu terbesar yang menjadi perbincangan sarjana Islam masa kini. Hal ini adalah kerana spekulasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam merancakkan pasaran derivatif. Sedangkan aktiviti spekulasi yang berlebihan telah mengundang berlakunya kejatuhan pasaran yang kritikal sekaligus menjadikan kontrak derivatif tidak selaras dengan kehendak syarak. Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis elemen-elemen utama yang perlu wujud dalam kontrak derivatif bagi memastikan ianya patuh syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan sebagai metod kajian. Kajian ini juga menganalisis beberapa artikel jurnal dan polisi dokumen berkaitan isu derivatif. Kajian ini tertumpu pada kontrak derivatif. Hasil dari kajian mendapati terdapat elemen-elemen penting bagi memastikan kontrak derivatif dilaksanakan bertepatan dengan kehendak syariah antaranya ialah tujuan memasuki kontrak derivatif adalah untuk lindung nilai, aset dan kontrak pendasar patuh syariah, tiada pemisahan risiko dengan aset pendasar dan memberi impak ekonomi yang sebenar. Selain itu juga, konsep maslahah dan mafsadah boleh dijadikan kerangka dalam memastikan kontrak derivatif bertepatan dengan objektif syariah.

Item Type:Article
Keywords:Derivatif; Lindung nilai; Pengurusan risiko; Garis panduan
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19055
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 08:29
Last Modified:25 Jul 2022 01:43

Repository Staff Only: item control page