Rosmiza Ismail, and Salmy Edawati Yaacob, and Mohd Zamro Muda, (2020) Keperluan deklarasi hibah dan kekangannya dalam perancangan harta orang Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (2). pp. 77-83. ISSN 0127-788X
|
PDF
406kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-52/
Abstract
Kesedaran masyarakat Islam merancang melalui instrumen hibah semasa hidup semakin memberangsangkan. Hal ini dapat dibuktikkan melalui peningkatan kes berkaitan hibah di Mahkamah Syariah. Hibah juga dihujahkan menjadi instrumen berkesan dalam menangani masalah berkaitan harta pusaka termasuklah peningkatan harta beku. Namun, terdapat beberapa kelemahan dalam deklarasi hibah yang boleh menjejaskan hak-hak pihak yang berkaitan. Kajian ini bertujuan menganalisis kelemahan serta kekangan dalam deklarasi hibah melalui dokumen yang dilaksanakan. Kaedah pengumpulan data dan analisis dokumen digunakan untuk kajian ini termasuk data primer dan sekunder seperti kitab- kitab, artikel-artikel lepas berkaitan dokumen hibah, jurnal hukum dan data dari syarikat amanah. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam deklarasi hibah yang perlu di atasi dari semasa ke semasa. Penggubalan undang-undang hibah pada masa akan datang perlu mengambil kira peruntukan syarak dan undang-undang tempatan bagi mengelakkan sebarang konflik dan pertikaian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hibah; Deklarasi; Kelemahan; Perancangan; Undang-undang |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 19056 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Jul 2022 08:33 |
Last Modified: | 25 Jul 2022 01:44 |
Repository Staff Only: item control page