Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor : biografi dan sumbangan dalam perkembangan Undang-Undang Islam di Malaysia

Aniqah Azmi, and Zuliza Mohd Kusrin, (2020) Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor : biografi dan sumbangan dalam perkembangan Undang-Undang Islam di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 5 (2). pp. 84-90. ISSN 0127-788X

[img]
Preview
PDF
348kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/2020-52/

Abstract

Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor merupakan bekas pensyarah di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguasai dua bidang ilmu iaitu Syariah dan Undang-undang. Beliau adalah antara tokoh wanita Islam yang terlibat dalam proses perkembangan undang-undang Islam di Malaysia. Beliau juga terlibat dalam bengkel-bengkel dan persidangan yang melibatkan pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia. Beliau telah menerbitkan penulisan karya-karya ilmiah, pembentangan kertas kerja di seminar dan penglibatan dalam pelbagai jawatankuasa. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisa latar belakang keluarga, pendidikan, kerjaya dan sumbangan beliau dalam perkembangan Undang-undang di Malaysia. Metodologi kajian ialah analisis kandungan dan temubual separuh berstruktur. Hasil daripada kajian ini dapat memperkenalan biografi diri dan keluarga serta sumbangan dalam perkembangan undang-undang Islam di Malaysia yang meliputi aspek pengajaran, penulisan akademik serta penglibatan beliau dalam industri.

Item Type:Article
Keywords:Undang-undang Islam; Sumbangan; Pencapaian; Siti Zalikhah Md Nor
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:19057
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 08:37
Last Modified:25 Jul 2022 01:47

Repository Staff Only: item control page