Meneroka makna ungkapan dalam bahan seni bahasa tahun lima : satu analisis semantik inkuisitif

George Romiko Bujang, and Mary Fatimah Subet, (2022) Meneroka makna ungkapan dalam bahan seni bahasa tahun lima : satu analisis semantik inkuisitif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (1). pp. 9-18. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
343kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Sajak ialah salah satu aspek seni bahasa yang diajar dengan bersistematik di peringkat pendidikan rendah. Bagi mengimbangi kognitif murid dengan perkembangan pendidikan abad ke-21, satu pendekatan yang bersifat holistik dan multidisiplin perlu diketengahkan. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan semantik inkusitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) untuk merungkai makna ungkapan dalam sajak secara berperingkat sehingga menemui falsafah dan akal budi. Teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan dalam peringkat kedua analisis semantik inkuisitif ini. Seramai 11 orang murid tahun lima telah terlibat sebagai responden kajian. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks iaitu ungkapan yang dipilih daripada sajak sebagai data kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan semantik inkusitif yang bersistematik dan multidisiplin ini berupaya mengembangkan kognitif murid dalam usaha meneroka makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Penggunaan Teori Relevans dan RRS dalam peringkat kedua analisis semantik inkuisitif menjadikan pembelajaran pendidikan seni bahasa lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. Pendekatan semantik inkusitif yang diaplikasikan ini diharapkan menjadi kaedah yang sesuai dengan amalan pendidikan abad ke-21 untuk menghasilkan impak pembelajaran seni bahasa yang lebih berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Seni bahasa; Teori relevans; Semantik inkuisitif; Semantik resonans; Rangka Rujuk Silang
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19105
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 01:13
Last Modified:31 Jul 2022 06:13

Repository Staff Only: item control page