Kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar Tingkatan 1 dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian

Chew, Fong Peng and Zahwah Jamaludin, (2022) Kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar Tingkatan 1 dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 12 (1). pp. 29-39. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
383kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian. Seramai 90 orang pelajar tingkatan 1 sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pasir Gudang, Johor telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan selesa. Kajian menggunakan soal selidik yang mengandungi empat bahagian yang terdiri daripada demografi responden, kesediaan, motivasi dan kepuasan. Statistik deskritiptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 1 bersedia mengikuti pembelajaran KOMSAS secara dalam talian, mempunyai motivasi dan kepuasan yang sederhana dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian. Hasil dapatan juga mendapati hubungan positif yang signifikan pada tahap yang tinggi antara kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar dan pembelajaran KOMSAS dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:KOMSAS; Pembelajaran dalam talian; Kesediaan; Motivasi; Kepuasan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19107
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 01:29
Last Modified:31 Jul 2022 06:15

Repository Staff Only: item control page