Perbezaan penerapan aktiviti Didik Hibur secara bersemuka dan dalam talian berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu sekolah rendah

Salimiah@Sazarinah Jamili, and Zamri Mahamod, (2022) Perbezaan penerapan aktiviti Didik Hibur secara bersemuka dan dalam talian berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (1). pp. 40-49. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan penerapan aktiviti Didik Hibur dalam pengajaran guru Bahasa Melayu secara bersemuka dan secara dalam talian berdasarkan perbezaan jantina dan pengalaman mengajar. Seramai 80 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sembilan buah sekolah rendah di Zon Likas, Kota Kinabalu, Sabah dijadikan sampel kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan, manakala statistik inferensi yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson. Daripada analisis ujian-t, didapati tidak ada perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Pengajaran guru lelaki dan guru perempuan menggunakan Didik Hibur sama ada secara bersemuka ataupun dalam talian adalah sama sahaja. Dapatan ANOVA menunjukkan bahawa pengalaman mengajar guru yang berkhidmat lebih 21 tahun menunjukkan skor min yang tinggi dalam kaedah pengajaran bersemuka, manakala pengalaman mengajar guru kurang tiga tahun menunjukkan skor min yang tinggi terhadap kaedah pengajaran dalam talian. Ujian korelasi Pearson pula memperlihatkan bahawa terdapat hubungan yang positif kaedah pengajaran bersemuka dengan kaedah pengajaran dalam talian. Implikasi daripada kajian ini ialah faktor jantina dan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu tidak mempengaruhi pengajaran bersemuka mahupun secara dalam talian, sebaliknya terdapat faktor-faktor lain seperti kemahiran mengajar, sikap, minat dan sebagainya yang mempengaruhi penerapan pendekatan Didik Hibur.

Item Type:Article
Keywords:Didik Hibur; Pembelajaran bersemuka; Pembelajaran dalam talian; Jantina; Pengalaman mengajar; Guru Bahasa Melayu sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19108
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 01:34
Last Modified:31 Jul 2022 06:16

Repository Staff Only: item control page