Pengaruh bahasa ibunda terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan murid India di sebuah sekolah rendah

Haizah Bukari, and Norazana Awang Kechik, (2022) Pengaruh bahasa ibunda terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan murid India di sebuah sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 12 (1). pp. 63-71. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
398kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula dari saat dia dilahirkan sehinggalah dia pandai berkata-kata. Dengan kata lain, bahasa yang dipelajari daripada ibu bapa atau orang yang memelihara yang digunakan dalam komunikasi seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pengaruh bahasa ibunda dan ciri-ciri komunikasi terhadap kemahiran bertutur di dalam kalangan murid India di sebuah sekolah rendah. Kumpulan sasaran terdiri daripada enam orang murid India Tahun 3. Kajian ini terbatas kepada murid-murid India yang belajar di sebuah sekolah rendah. Prosedur pengumpulan data yang digunakan ialah senarai semak pemerhatian dan rakaman audio sewaktu temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesalahan utama dikenal pasti sewaktu berkomunikasi ialah penukaran kod bahasa, penambahan partikel ‘lah’ pada akhir ayat, pembentukan ayat dalam bahasa ibunda mereka, pengguguran sendi nama dalam ayat bahasa Melayu, penggantian fonem vokal daripada Tamil ke bahasa Melayu dan pengulangan ayat sewaktu berkomunikasi. Terdapat beberapa faktor yang mempengharui kemahiran bertutur dalam kalangan murid India, iaitu gangguan persekitaran dan gangguan bahasa ibunda. Oleh itu, murid-murid India ini perlu didedahkan dengan kemahiran bertutur secara tidak formal dalam kehidupan seharian, galakan daripada guru untuk melibatkan diri dengan interaksi secara langsung dalam aktiviti seharian dan menggalakkan murid bertutur menggunakan bahasa Melayu di luar kelas.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa ibunda; Kemahiran bertutur; Murid kaum India; Sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:19110
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 01:49
Last Modified:31 Jul 2022 06:19

Repository Staff Only: item control page