Analisis kesahan kandungan instrumen kompetensi guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah menggunakan Model Rasch Pelbagai Faset

Rosyafinaz Mohamat, and Sumintono, Bambang and Harris Shah Abd Hamid, (2022) Analisis kesahan kandungan instrumen kompetensi guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah menggunakan Model Rasch Pelbagai Faset. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (1). pp. 1-14. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
350kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1529

Abstract

Kesahan kandungan instrument adalah penting bagi memastikan item-item yang dibina berupaya mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan membincangkan sejauh mana item mewakili kandungan yang dimaksudkan. Kajian ini bertujuan menguji kesahan kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (IkomGuruPBD) dengan menggunakan analisis Model Rasch Pelbagai Faset (MRPF). IkomGuruPBD terdiri daripada 56 item yang dibina berdasarkan 3 konstruk utama iaitu Pengetahuan PBD, Kemahiran PBD dan Sikap terhadap PBD. Reka bentuk kajian adalah kaedah tinjauan kuantitatif dengan pendekatan penilai berganda (multirater) menggunakan soal selidik IkomGuruPBD yang telah diedarkan kepada 12 orang panel pakar. Setiap pakar perlu menentukan tahap persetujuan mereka tentang kesesuaian setiap item dengan menggunakan skala Likert 3 mata terhadap tiga aspek penilaian bagi setiap item. Dapatan menunjukkan antara kelebihan MRPF adalah boleh menentukan tahap ketegasan penilai dan konsistensi penilai, juga mendapati dapatan respon luar jangkaan. Walaupun setiap penilai diberi instrumen, aspek penilaian dan kategori skala yang sama, namun MRPF boleh membandingkan tahap ketegasan secara individu bagi setiap penilai. MRPF juga boleh mengesan kualiti item untuk membantu pengkaji mengenal pasti item yang baik dan item yang lemah untuk ditambah baik. MRPF mempunyai kelebihan untuk memberikan maklumat yang lengkap mengenai ciri psikometrik bagi IkomGuruPBD yang diuji.

Item Type:Article
Keywords:Kesahan kandungan; Model Rasch Pelbagai Faset; Kompetensi; Pentaksiran Bilik Darjah; Ketegasan penilai
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19111
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 04:38
Last Modified:31 Jul 2022 06:21

Repository Staff Only: item control page