Kesan penggunaan kalkulator grafik dalam pembelajaran Matematik : meta-analisis

Nur E'zzatul Hamizah Mukhtar, and Roslinda Rosli, (2022) Kesan penggunaan kalkulator grafik dalam pembelajaran Matematik : meta-analisis. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (1). pp. 27-38. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1529

Abstract

Kesan dari kemajuan teknologi yang pesat dalam pendidikan masa kini, kalkulator grafik telah menjadi salah satu pilihan guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk mensintesis dapatan kajian keberkesanan kalkulator grafik dan meninjau faktor yang mempengaruhi penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kriteria pemilihan literatur adalah penerbitan di antara tahun 1995 hingga 2015, penggunaan kalkulator grafik sebagai kaedah intervensi, rekabentuk kajian eksperimen dan mempunyai data untuk pengiraan saiz kesan. Dapatan kajian menunjukkan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dengan penggunaan kalkulator grafik mempunyai kesan positif dan statistik signifikan iaitu mempunyai perubahan yang ketara di kebanyakkan keputusan iaitu melalui hasil pembelajaran berasaskan pencapaiaan, kesedaran metakognitif, permahaman dan sikap. Perbandingan diantara keputusan menunjukkan hasil pembelajaran berasaskan-pencapaian, berasaskan-pemahaman dan berasaskan-sikap mempunyai kesan yang besar. Ini kerana nilai saiz kesan yang diperolehi berada pada julat 0.80 dan ke atas (≥ 0.80). Bagi hasil pembelajaran berasaskan kesedaran meta-kognitif, keputusan menunjukkan ia mempunyai kesan yang sederhana di mana nilai saiz kesan berada pada julat 0.50 sehingga 0.79. Bagi hasil pembelajaran berasaskan-keupayaan mental pula, ia membawa kepada kesan yang kecil di mana nilai saiz kesan berada pada julat 0.49 dan ke bawah (≤ 0.49). Implikasi kajian dibincangkan bagi mempertingkatkan kesan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kalkulator grafik.

Item Type:Article
Keywords:Kalkulator grafik; Pembelajaran matematik; Meta-Analisis; Teknologi; Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19113
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 04:58
Last Modified:31 Jul 2022 06:24

Repository Staff Only: item control page