Wan Ali Akbar Wan Abdullah, and Khadijah Abdul Razak, and Mohd Isa Hamzah, (2022) Proses jana idea untuk menghasilkan inovasi pengajaran : gaya guru inovatif Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (1). pp. 53-64. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
344kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1529
Abstract
Proses jana idea adalah salah satu proses yang signifikan dalam penghasilan inovasi sebelum memasuki proses pembangunan inovasi. Namun, proses ini sukar, terutama bagi individu yang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kajian kes ini meneroka kaedah yang digunakan oleh guru inovatif Pendidikan Islam (PI) ketika proses menjana idea bagi menghasilkan inovasi pengajaran PI. Lapan guru-guru PI sekolah menengah telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara bertujuan menggunakan teknik snowball. Temu bual secara mendalam dijalankan untuk mengumpul data dan disokong dengan data daripada analisis dokumen. Dapatan menunjukkan terdapat lapan kaedah yang digunakan oleh guru-guru dalam menjana idea, iaitu: i) berfikir secara berfokus, ii) meneroka inovasi sedia ada, iii) membaca, iv) menghadiri kursus atau bengkel, v) menyertai pertandingan, vi) adaptasi produk inovasi sedia ada, vii) berkonsultansi dengan pakar, dan viii) berkolaborasi. Kesimpulannya, guru-guru inovatif melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan memanipulasi pengetahuan sedia ada ketika menghasilkan inovasi, serta merujuk guru-guru berpengalaman yang lain melalui konsultasi dan kolaborasi untuk menjana idea yang lebih baik dan unik. Implikasinya, kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru-guru inovatif ini menyumbang kepada ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan Islam, di mana ia dapat digunakan oleh para guru Pendidikan Islam sebagai panduan untuk memulakan langkah dalam melibatkan diri untuk menghasilkan inovasi pengajaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jana idea; Penghasilan inovasi pengajaran; Guru inovatif Pendidikan Islam; Profesionalisme guru Pendidikan Islam; Kolaboratif |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 19115 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jul 2022 06:27 |
Last Modified: | 31 Jul 2022 06:27 |
Repository Staff Only: item control page