Rosnani Hashim, and Muhammad Zahiri Awang Mat, and Adnan A Rashid, and Ainol Madziah Zubairi, and Mohd Farid Mohd Shahran, (2022) Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam sekolah menengah bagi menghadapi cabaran pendidikan abad Ke-21 dari perspektif guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (1). pp. 65-79. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
319kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1529
Abstract
Pendidikan abad ke-21 (PAK-21) yang dipacu oleh teknologi maklumat khususnya internet, amat berbeza berbanding dengan pendidikan sebelumnya. Kajian ini meninjau perspektif 370 guru Pendidikan Islam (PI) sekolah menengah terhadap pelaksanaan dan perubahan kurikulum PI dan kesediaannya menghadapi PAK-21 dalam aspek bahan sumber pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, sukatan pelajaran, dan masalah dan cabaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan bercampur dan menggunakan soal selidik dan perbincangan kumpulan fokus sebagai kaedah kutipan data. Data telah dianalisis secara deskriptif, dan data daripada PKF telah ditriangulasi untuk mengukuhkan data kuantitatif. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, guru-guru PI masih berada dalam paradigma lama dalam semua komponen, khususnya kebergantungan kepada bahan tradisional seperti buku teks dan papan tulis, mengamalkan kaedah berpusatkan guru, kurang kompeten dalam pembinaan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), sukatan pelajaran yang membebankan kerana terlalu banyak topik, serta perubahan kerap dasar pendidikan yang menyebabkan masalah penguasaan murid. Kajian ini membawa implikasi bahawa masalah-masalah dalam subjek PI ini perlu diteliti dengan lebih serius dan perlunya penambahbaikan asas kurikulum dan pedagogi supaya ianya lebih sesuai dengan PAK-21.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendidikan Islam; Kurikulum; Kaedah pengajaran; Pentaksiran; Sukatan pelajaran |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 19116 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jul 2022 06:33 |
Last Modified: | 31 Jul 2022 06:28 |
Repository Staff Only: item control page