Pembinaan model literasi saintifik pelajar berdasarkan faktor persekitaran pembelajaran konstruktivisme, pengetahuan Sains, sikap terhadap Sains, efikasi kendiri dan motivasi

Mohd Radzi Abu Bakar, and Lilia Halim, (2022) Pembinaan model literasi saintifik pelajar berdasarkan faktor persekitaran pembelajaran konstruktivisme, pengetahuan Sains, sikap terhadap Sains, efikasi kendiri dan motivasi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (1(SI)). pp. 1-18. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
774kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1462

Abstract

Pelaksanaan pendidikan ke arah menghidupkan budaya sains dan masyarakat yang berliterasi saintifik perlu dititikberatkan bagi mencapai status negara maju dengan ekonomi yang berdaya saing berteraskan perindustrian, teknologi dan inovasi. Kajian terdahulu mendapati bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada literasi saintifik. Kajian ini bertujuan untuk membina model multidimensi bagi faktor yang menjadi peramal kepada literasi saintifik dari perspektif pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah jenis tinjauan dengan kaedah pengumpulan data menggunakan ujian dan borang soal selidik ke atas 650 orang pelajar tingkatan empat sekolah harian biasa di empat buah negeri iaitu Johor, Selangor, Kedah dan Terengganu. Model yang dicadangkan mengandungi lima konstruk iaitu persekitaran pembelajaran konstruktivisme, pengetahuan sains, sikap terhadap sains, efikasi kendiri dan motivasi. Dapatan kajian mendapati bahawa literasi saintifik pelajar dipengaruhi secara signifikan oleh dua faktor utama iaitu pemboleh ubah persekitaran pembelajaran konstruktivisme dan pengetahuan sains sahaja manakala tiga faktor lain iaitu sikap terhadap sains, efikasi kendiri dan motivasi didapati tidak memberi pengaruh kepada literasi saintifik pelajar. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa suatu usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi menerapkan amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme memandangkan faktor tersebut adalah paling memberi pengaruh serta berhubung secara langsung dengan literasi saintifik dan pengetahuan sains pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Literasi saintifik; Persekitaran pembelajaran konstruktivisme; Pengetahuan sains; Sikap terhadap sains; Efikasi kendiri; Motivasi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19117
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 07:07
Last Modified:31 Jul 2022 06:31

Repository Staff Only: item control page