Norhaizian Seman, and Aliza Alias, and Zanaton Iksan, (2022) Penerokaan laras bahasa guru prasekolah dalam pengajaran Matematik awal. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (1(SI)). pp. 43-61. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
361kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1462
Abstract
Penggunaan laras bahasa yang tepat berupaya meningkatkan pemahaman dan perkembangan matematik awal kanak-kanak khususnya di peringkat prasekolah. Kajian kes ini meneroka laras bahasa yang digunakan oleh empat orang guru prasekolah di Negeri Sembilan ketika mengajar matematik awal dan bagaimana jenis-jenis laras bahasa ini diperluaskan penggunaannya dalam pendidikan prasekolah. Data diperoleh menerusi temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Dapatan menunjukkan semua guru menggunakan dua jenis laras bahasa ketika proses pengajaran matematik awal, iaitu laras bahasa matematik dan laras bahasa harian yang difahami oleh kanak-kanak. Laras bahasa matematik kerap digunakan dalam aktiviti rutin sebagai usaha meningkatkan kemahiran matematik awal murid-murid prasekolah. Laras bahasa harian juga digunakan dalam pembelajaran untuk membantu memudahkan pemahaman murid-murid. Kesimpulannya, penggunaan laras bahasa yang tepat dan bermakna dan sesuai dengan tahap pemahaman kanak-kanak dapat membantu meningkatkan pemahaman murid kepada konsep Matematik awal, seterusnya akan menjadi faktor utama peningkatan prestasi dalam Matematik awal. Implikasinya, selain amalan pelbagai pendekatan dan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), penggunaan laras bahasa yang tepat dan bermakna penting dalam membantu meningkatkan pemahaman murid prasekolah terhadap konsep matematik awal.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Matematik awal; Guru prasekolah; Laras bahasa matematik; Laras bahasa harian; Aktiviti rutin |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 19120 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jul 2022 07:47 |
Last Modified: | 31 Jul 2022 06:33 |
Repository Staff Only: item control page