Keberkesanan strategi pengajaran meta-perbincangan ke atas pencapaian lisan bahasa Inggeris pelajar

Saadiah Kummin, and Shahlan Surat, and Faridah Mydin Kutty, and Zarina Othman, (2022) Keberkesanan strategi pengajaran meta-perbincangan ke atas pencapaian lisan bahasa Inggeris pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (1(SI)). pp. 101-110. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1462

Abstract

Literatur menunjukkan bahawa strategi meta-perbincangan dapat menyumbang kepada peningkatan penguasaan bahasa. Kajian kuasi-eksperimen kumpulan kawalan tidak serupa ini menguji keberkesanan teknik pengajaran strategi meta-perbincangan ke atas tahap pencapaian lisan bahasa Inggeris, kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi metakognitif 124 orang pelajar yang mengikuti kursus kemahiran bahasa Inggeris Academic Communication I yang ditawarkan oleh Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan strategi meta-perbincangan selama 10 minggu dan kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Kajian ini menggunakan soal selidik Indikator Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (InKePPP) untuk mengukur tahap kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman, dan refleksi metakognitif pelajar. Ujian lisan telah digunakan untuk mengukur aspek kemahiran lisan. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa pengajaran strategi meta-perbincangan memberi kesan yang signifikan terhadap kelima-lima variabel bersandar, iaitu pencapaian lisan, kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi metakognitif dengan saiz kesan yang sederhana. Kesimpulannya, pengajaran strategi meta-perbincangan adalah berkesan dalam peningkatan tahap pencapaian lisan bahasa Inggeris pelajar. Implikasinya, guru-guru bahasa perlu dilatih untuk menguasai strategi pengajaran meta-perbincangan, agar ia dapat digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan tahap pencapaian kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Meta-perbincangan; Kesedaran metakognitif; Meta-tumpuan; Meta-pemahaman; Refleksi metakognitif; Bahasa Inggeris; Kemahiran lisan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19124
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2022 08:23
Last Modified:31 Jul 2022 06:39

Repository Staff Only: item control page