Kajian penyimpanan serbuk kopi segera dengan pembungkus boleh dimakan daripada rumpai laut Kappaphycus alvarezii

Siah, Watt Moey and Aminah Abdullah, and Ishak Ahmad, (2022) Kajian penyimpanan serbuk kopi segera dengan pembungkus boleh dimakan daripada rumpai laut Kappaphycus alvarezii. Sains Malaysiana, 51 (2). pp. 559-566. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil2_...

Abstract

Kajian kebolehgunaan filem boleh dimakan untuk membungkus dan memelihara kualiti penyimpanan serbuk kopi segera telah dijalankan. Serbuk kopi segera dipek dengan uncang yang diperbuat daripada filem boleh dimakan dan seterusnya dibungkus dengan dua jenis pembungkus sekunder untuk melindunginya daripada terdedah kepada wap air, oksigen dan dicemari kekotoran. Serbuk kopi segera dimasukkan ke dalam bekas sekunder yang berlainan iaitu beg aluminum dengan penutup berzip (BA) dan kanister kertas berlapiskan aluminum (KK). Kedua-dua sampel BA dan KK dibandingkan dengan sampel kawalan iaitu jenis bahan pembungkus asal (AS) oleh pengilang terdiri daripada uncang aluminum berlaminat dan pembungkus sekunder ialah beg OPP/LDPE. Kandungan lembapan, keaktifan air dan bilangan mikroorganisma untuk serbuk kopi meningkat semasa penyimpanan. Namun peningkatan yang berlaku tidak menjejaskan kualiti dan tempoh simpan produk tersebut memandangkan penerimaan panel penilai sensori masih memberikan skor yang melebihi had minimum penerimaan iaitu 4, serta bacaan kandungan mikroorganisma yang rendah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa serbuk kopi yang dipek dengan filem boleh dimakan mempunyai hayat penyimpanan sehingga setahun iaitu adalah standing dengan serbuk kopi yang dipek dengan beg aluminum berlaminat.

Item Type:Article
Keywords:Filem boleh dimakan; Kajian penyimpanan; Rumpai laut; Serbuk kopi segera
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:19145
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Jul 2022 06:38
Last Modified:01 Aug 2022 03:25

Repository Staff Only: item control page