Suatu ulasan kritis kajian keperluan pemfluoridaan air di dalam proses rawatan air

Rosiah Rohani, and Siti Aishah Basiron, and Thinishaa Dhana Gopal, and Nurul Suraya Rosli, and Nadiah Khairul Zaman, and Izzati Izni Yusoff, and Harlina Ali Hanafiah, (2022) Suatu ulasan kritis kajian keperluan pemfluoridaan air di dalam proses rawatan air. Sains Malaysiana, 51 (3). pp. 679-693. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
459kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil3_...

Abstract

Pemfluoridaan air merupakan proses penambahan bahan fluorida di dalam sumber air terawat sehingga tahap fluorida di dalam air tersebut mencapai tahap yang disarankan oleh pihak berkuasa dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna untuk kebaikan gigi dan tulang. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesyorkan julat nilai kepekatan dos fluorida dalam sistem air di Malaysia adalah dalam lingkungan nilai 0.4 mg/L hingga 0.6 mg/L. Ion fluorida bukanlah suatu keperluan bagi pertumbuhan manusia tetapi dianggap penting untuk mengelakkan kerosakan gigi dan tulang, terutamanya kepada kanak-kanak. Kajian kritis yang telah dijalankan ini memfokuskan kepada keperluan pemfluoridaan air terawat di dalam proses rawatan air. Berdasarkan kajian ini, kandungan unsur fluorida dalam air mentah mempengaruhi proses pemfluoridaan air memandangkan kandungan unsur tersebut di dalam air minuman tidak boleh melebihi had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Terdapat beberapa jenis bahan berfluorida yang biasa digunakan bagi pemfluoridaan air, antaranya natrium fluorida, natrium silikofluorida dan asid fluorosilisik. Penambahan bahan berfluorida ini ke dalam air hendaklah mematuhi dos yang tepat bagi memberi manfaat kepada pengguna dan seterusnya mengelakkan penyakit berkaitan fluorida. Kesimpulannya, pengawasan yang berterusan terhadap kepekatan fluorida pada pelbagai peringkat sama ada dalam peringkat pengumpulan air mentah, rawatan air dan pengagihan air terawat adalah penting bagi memastikan air dengan kandungan fluorida yang optimum dapat dibekalkan kepada pengguna.

Item Type:Article
Keywords:Ion fluorida; Kerosakan gigi; Nilai piawai; Pemfluoridaan; Rawatan air
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:19155
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Jul 2022 00:53
Last Modified:01 Aug 2022 03:45

Repository Staff Only: item control page