Pelaporan maklumat alam sekitar melalui atas talian dan nilai firma

Mohammad Khairul Anuar Ab Ghani, and Kamarul Baraini Keliwon, (2019) Pelaporan maklumat alam sekitar melalui atas talian dan nilai firma. Asian Journal of Accounting and Governance, 12 . pp. 13-24. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
423kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1225

Abstract

Pelaporan maklumat alam sekitar oleh firma merupakan salah satu strategi untuk mengekalkan kemampanan firma dan meningkatkan nilai firma. Sehubungan itu, firma perlu memastikan pelaporan maklumat alam sekitar diterima oleh pihak yang berkepentingan dengan lebih cepat, terkini dan berkesan. Kajian terdahulu melaporkan hubungan yang signifikan antara tahap pelaporan alam sekitar dengan nilai firma. Walau bagaimanapun, pelaporan maklumat alam sekitar tersebut hanya berdasarkan laporan secara manual ataupun dimuat naik di laman sesawang. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pelaporan maklumat alam sekitar secara berasingan di laman sesawang selaras dengan galakan Bursa Malaysia. Pelaporan secara berasingan memberikan peluang kepada firma untuk melaporkan maklumat secara meluas, menonjolkan diri dalam kalangan pesaing serta meningkatkan nilai firma. Kajian ini turut menyiasat berkenaan hubungan antara pelaporan maklumat alam sekitar secara berasingan melalui atas talian dengan nilai firma. Dalam menentukan tahap pelaporan maklumat alam sekitar secara berasingan melalui atas talian, indeks pelaporan alam sekitar secara berasingan yang telah disediakan oleh Bursa Malaysia diuji terhadap 784 firma yang tersenarai di Pasaran Utama pada tahun 2017. Kajian mendapati sebanyak 376 firma (48%) telah membuat pelaporan tentang maklumat alam sekitar secara berasingan di laman sesawang. Berdasarkan kajian ini juga, terdapat hubungan positif antara tahap pelaporan alam sekitar secara berasingan melalui atas talian dengan nilai firma. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas baharu kepada Bursa Malaysia dan penggubal dasar yang lain di Malaysia untuk memberikan lebih penekanan dan insentif terhadap firma yang melaksanakan tanggungjawab ini.

Item Type:Article
Keywords:Pelaporan alam sekitar; Pelaporan alam sekitar atas talian; Indeks pelaporan alam sekitar; Nilai firma; Prestasi firma
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:19178
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Jul 2022 07:16
Last Modified:02 Aug 2022 03:24

Repository Staff Only: item control page