Pengiklanan yuran guaman oleh peguam : persepsi awam dan peguam

Harlina Mohamed On, (2019) Pengiklanan yuran guaman oleh peguam : persepsi awam dan peguam. Asian Journal of Accounting and Governance, 12 . pp. 143-154. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
422kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1225

Abstract

Pengiklanan oleh peguam dikawal oleh Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 dan keputusan-keputusan Majlis Peguam yang berkaitan. Walaupun kaedah dan keputusan ini membenarkan peguam untuk mengiklankan amalannya dalam pelbagai cara dan medium, tetapi hanya ‘maklumat yang diluluskan’ boleh diiklankan. Namun, sebahagian besar daripada ‘maklumat yang diluluskan’ ini terbatas kepada biodata peguam serta butiran mengenai firma dan rakan kongsi peguam. Maklumat yang lebih penting untuk diketahui awam dan yang boleh membantu mereka untuk membanding serta memilih perkhidmatan peguam yang menepati keperluan mereka, tidak boleh diiklankan. Salah satunya ialah maklumat mengenai yuran guaman yang dikenakan oleh peguam. Makalah ini membincangkan tentang sekatan untuk mengiklan yuran guaman seperti yang terkandung dalam kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia dan membandingkannya dengan peraturan yang dikuatkuasakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Soal selidik untuk meninjau persepsi awam dan peguam berhubung isu ini turut diedarkan dan dapatannya dipersembahkan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pihak awam mempunyai persepsi bahawa maklumat mengenai yuran guaman adalah maklumat yang sesuai diiklankan. Namun, pihak peguam mempunyai persepsi sebaliknya. Akhir sekali, penulis menyaran beberapa penambahbaikan terhadap kaedah sedia ada, bagi memenuhi keperluan semasa.

Item Type:Article
Keywords:Pengiklanan; Perkhidmatan peguam; Yuran guaman
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:19188
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jul 2022 01:49
Last Modified:02 Aug 2022 03:36

Repository Staff Only: item control page