Sumbangan ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas bermasalah pendengaran terhadap pencapaian Matematik

Liong, Kon Thai and Mohd Hanafi Mohd Yasin, (2019) Sumbangan ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas bermasalah pendengaran terhadap pencapaian Matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 21-30. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
922kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Pencapaian matematik Murid Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah pendengaran masih berada pada tahap rendah. Ciri-ciri murid merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah daripada ciri-ciri murid yang memberi sumbangan signifikan terhadap pencapaian matematik MBK bermasalah pendengaran. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik dan ujian sumatif matematik. Jumlah responden kajian ini ialah 175 orang MBK bermasalah pendengaran yang terdiri daripada 92 orang lelaki dan 83 orang perempuan yang dipilih melalui pensampelan rawak dari 18 buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) program masalah pendengaran. Data telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan lima pemboleh ubah telah memberi sumbangan signifikan p = 0.000 (p < 0.05) sebanyak 55.1 peratus terhadap pencapaian matematik MBK bermasalah pendengaran iaitu motivasi kendiri (22.9%), pengalaman pembelajaran matematik (10.2%), penguasaan literasi (8.9%), penguasaan bahasa isyarat (7.3%) dan sikap terhadap matematik (5.7%). Justeru, ibu bapa dan guru perlu berkolaborasi serta mempunyai komitmen tinggi untuk mendorong MBK bermasalah pendengaran meningkatkan kecemerlangan pencapaian matematik daripada segi peningkatan motivasi kendiri, pengalaman pembelajaran matematik, penguasaan literasi, penguasaan bahasa isyarat dan sikap terhadap matematik.

Item Type:Article
Keywords:Ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah pendengaran; Pencapaian matematik; Motivasi kendiri; Pengalaman pembelajaran matematik; Penguasaan bahasa isyarat
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19194
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jul 2022 07:13
Last Modified:03 Aug 2022 00:59

Repository Staff Only: item control page