Kualiti perkhidmatan fasiliti sukan di Universiti Awam Malaysia

Nor Eeza Zainal Abidin, and Tajul Ariffin Muhamad, and Jamil Ahmad, (2019) Kualiti perkhidmatan fasiliti sukan di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 55-66. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Penyediaan fasiliti sukan di universiti adalah penting dalam menggalakkan pelajar aktif dalam aktiviti fizikal. Akses kepada fasiliti sukan yang berkualiti boleh menjadi faktor utama dalam keupayaan untuk memenuhi permintaan semasa pihak pengguna. Kajian tinjauan ini menilai kualiti perkhidmatan fasiliti sukan yang disediakan di Universiti Awam di Malaysia dengan mengadaptasi model kualiti perkhidmatan SERVPERF yang mengukur kualiti berdasarkan lima dimensi. Seramai 447 orang pelajar atlet dipilih daripada 20 buah Universiti Awam di Malaysia dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 32 item dalam menilai kualiti perkhidmatan fasiliti sukan berbentuk skala Likert. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian pengguna terhadap kualiti perkhidmatan fasiliti sukan adalah tinggi dimana nilai min keseluruhan ialah 3.51. Secara turutan, tertinggi adalah dimensi sifat ketaraan (3.53), diikuti oleh empati (3.53), jaminan (3.51), kebolehpercayaan (3.50) dan responsif (3.47). Walau bagaimanapun, beberapa item mendapat penilaian skor sederhana iaitu ketersediaan fasiliti dan tahap fasiliti itu sendiri. Penyediaan fasiliti mengikut jenis (tertutup dan terbuka) perlu diberi perhatian kerana ianya memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan. Hasil kajian boleh dijadikan petunjuk kepada pihak pengurusan universiti untuk mempertimbangkan pembangunan fasiliti sukan di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Fasiliti sukan; Kualiti perkhidmatan; Tahap penilaian; Pelajar atlet
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19197
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jul 2022 08:08
Last Modified:03 Aug 2022 01:02

Repository Staff Only: item control page