Penerapan nilai murni melalui interaksi T-A-M dan kitaran pengajaran 5E dalam modul Tauhidik STEM Kids

Nurazidawati Mohamad Arsad, and Kamisah Osman, (2019) Penerapan nilai murni melalui interaksi T-A-M dan kitaran pengajaran 5E dalam modul Tauhidik STEM Kids. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 67-82. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains menggunakan modul Tauhidik STEM Kids yang disesuaikan dengan model pengajaran 5E beserta interaksi Tuhan (T), Alam (A) dan Manusia (M). Modul ini diuji keberkesanannya terhadap domain nilai murni iaitu bersyukur, bekerjasama, berfikiran rasional, menghargai alam dan sumbangan sains & teknologi dan keadilan. Sejumlah 116 orang murid Tahun Lima dari dua buah sekolah kebangsaan di Negeri Selangor dipilih sebagai responden kajian. Sebuah sekolah dikategori sebagai kumpulan kawalan (n=57) iaitu menggunakan pendekatan pengajaran inkuiri secara konvensional dan sebuah lagi dikategorikan sebagai kumpulan rawatan (n=59) iaitu menggunakan modul Tauhidik STEM Kids. Analisis dapatan soal selidik penerapan nilai menggunakan MANOVA pengukuran berulang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan nilai murni bagi kesan interaksi antara masa ujian dengan kumpulan. Namun terdapat perbezaan yang signifikan praujian ke pascaujian jika tidak melibatkan kumpulan bagi nilai berfikiran rasional, bekerjasama dan menghargai alam dan sumbangan sains & teknologi. Walaupun tiada kesan nilai murni yang signifikan mengikut kumpulan namun ia membuktikan pendekatan pengintegrasian pendidikan STEM serta penerapan nilai murni yang sistematik boleh dilaksanakan dalam PdP formal sekolah rendah serta dapat dijadikan sebagai sumber pengajaran oleh guru.

Item Type:Article
Keywords:Nilai murni; STEM; Kitaran pengajaran 5; Inkuiri; Tauhidik
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19198
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jul 2022 08:17
Last Modified:03 Aug 2022 01:03

Repository Staff Only: item control page