Liputan kandungan dan penerbitan berita sukan dalam akhbar harian di Malaysia

Pekan Ramli, and Tajul Arifin Muhamad, and Norlena Salamuddin, (2019) Liputan kandungan dan penerbitan berita sukan dalam akhbar harian di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 93-107. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
854kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Walaupun berita sukan pada hari ini sudah menjadi ciri utama dalam akhbar harian, kandungan dan penerbitan berita sukan tersebut mungkin didasari oleh agenda tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penetapan liputan kandungan dan penerbitan berita sukan, dan bagaimana editor sukan membuat penetapan tersebut dalam konteks akhbar harian di Malaysia. Kajian ini adalah kajian kes di mana proses kutipan data dibuat melalui analisis kandungan halaman sukan akhbar Kosmo dan Berita Harian dan temubual bersama dua orang editor sukan di akhbar tersebut. Data dari halaman sukan telah dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan secara kuantitatif dan data dari tembual telah dianalisis secara kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa akhbar harian tempatan mempunyai liputanan berita sukan dalam negara yang lebih tinggi berbanding sukan luar negara, liputan berita sukan Kosmo lebih banyak disokong dengan gambar berbanding Berita Harian, liputan kandungan dan penerbitan berita sukan wanita dalam kedua-dua akhbar adalah sangat rendah berbanding sukan lelaki, dan editor sukan Kosmo lebih bebas dalam membuat penetapan liputan dan penerbitan berita sukan berbanding editor sukan Berita Harian yang lebih terikat dengan kepentingan perniagaan. Kajian ini menunjukkan bahawa liputan kandungan dan penerbitan berita sukan dalam akhbar harian di Malaysia dipengaruhi oleh kepentingan perniagaan serta amalan editor sukan di akhbar tersebut. Justeru, ahli masyarakat perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir secara kritis bagi membolehkan mereka menilai dan mengguna maklumat dari pelbagai sumber maklumat secara berpengetahuan dan matang.

Item Type:Article
Keywords:Berita sukan; Litupan kandungan; Akhbar harian; Editor sukan; Kajian kes; Malaysia
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19200
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jul 2022 00:33
Last Modified:03 Aug 2022 01:05

Repository Staff Only: item control page