Jurang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara sekolah bandar dengan luar bandar

Kumar Raman, and Norasmah Othman, and Haryanti Mohd Affandi, (2019) Jurang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara sekolah bandar dengan luar bandar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 109-119. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Kerajaan telah menyusun pelbagai strategi untuk membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bandar dan luar bandar. Namun begitu, kajian lepas menunjukkan penggunaan TMK dalam kalangan guru masih di tahap sederhana dan masih kurang dikaji dalam konteks lokasi sekolah yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk mengukur perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam menggunakan TMK di lokasi sekolah yang berbeza. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data telah diperoleh daripada 1440 orang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) di bandar dan luar bandar dan telah dianalisis dengan menggunakan MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Kajian ini menunjukkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan TMK di sekolah luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Penggunaan TMK; Sekolah bandar; Sekolah luar bandar; Program Frog VLE
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19201
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jul 2022 00:45
Last Modified:03 Aug 2022 01:06

Repository Staff Only: item control page