Impak pendekatan pembelajaran pengalaman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi topik bongkah geometri tiga dimensi

Suanto, Elfis and Effandi Zakaria, and Siti Mistima Maat, (2019) Impak pendekatan pembelajaran pengalaman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi topik bongkah geometri tiga dimensi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 121-134. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Transisi global pengajaran matematik daripada berfokuskan kemahiran algoritma kognitif kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah memberi cabaran dan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran matematik di Indonesia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan modul pembelajaran pengalaman topik Bongkah Geometri Tiga Dimensi ke atas KBAT dan hubungannya dengan keupayaan pelajar. Kajian ini berbentuk eksperimen kuasi dengan kumpulan kawalan tidak setara. 164 pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Rendah di Pekanbaru Riau, Indonesia yang terbahagi kepada 84 dalam kumpulan rawatan (menerima pengajaran menggunakan kaedah modul) dan 80 dalam kumpulan kawalan (menggunakan kaedah konvesional) terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan lapan soalan KBAT topik Bongkah Geometri Tiga Dimensi. Data dianalisis dengan melakukan ujian-t dan analisis Anova Dua Hala. Dapatan kajian menunjukkan: 1) terdapat perbezaan yang signifikan KBAT matematik pelajar yang menggunakan kaedah modul dengan yang menggunakan kaedah konvensional, 2) terdapat perbezaan yang signifikan KBAT matematik pelajar antara kumpulan berdasarkan keupayaan pelajar dengan kesan perbezaannya adalah besar, dan 3) terdapat kesan interaksi yang signifikan antara kumpulan dengan keupayaan pelajar dari segi KBAT. Pencapaian KBAT kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Implikasinya, penggunaan modul pendekatan pembelajaran pengalaman memberi kesan positif dalam meningkatkan KBAT matematik dan terdapat kesan interaksi antara kumpulan dan keupayaan pelajar dari segi KBAT matematik.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan pembelajaran pengalaman; Kemahiran berfikir aras tinggi; Keupayaan pelajar; Bongkah geometri tiga dimensi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19202
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jul 2022 00:54
Last Modified:03 Aug 2022 01:07

Repository Staff Only: item control page