Pengetahuan pedagogi ilmu kandungan dalam kalangan guru Seni Visual sekolah menengah di Hulu Langat

Roslina Mohd Nor, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Hamdzun Haron, (2019) Pengetahuan pedagogi ilmu kandungan dalam kalangan guru Seni Visual sekolah menengah di Hulu Langat. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 137-150. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
917kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Penguasaan pengetahuan dan kefahaman guru dalam kandungan matapelajaran adalah penting bagi memastikan kejayaan kejayaan PdPc di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap Pengetahuan Pedagogi Ilmu Kandungan (PPIK) guru Seni Visual di sekolah menengah di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada 70 item. Borang tersebut mengukur empat komponen PPIK, iaitu Pengetahuan Ilmu Kandungan (PIK), Pengetahuan Pedagogi Am (PPA), Pengetahuan Pedagogi Khusus (PPK) dan Pengetahuan Konteks (PK) dan telah ditadbir ke atas 36 guru Seni Visual di sekolah menengah daerah Hulu Langat. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan secara keseluruhan tahap PPIK guru-guru Seni Visual di daerah Hulu Langat adalah tinggi, di mana PIK merupakan komponen PPIK yang paling tinggi, diikuti dengan komponen PPK, PPA dan PK. Analisis juga menunjukkan bahawa guru-guru Seni Visual menguasai kawalan bilik darjah secara optimum, menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid, namun kurang mendapat pendedahan latihan dan kursus perkembangan profesional yang berkaitan dengan pedagogi Pendidikan Seni Visual (PSV). Kajian ini menunjukkan bahawa latihan yang sesuai perlu diberikan secara berterusan kepada guru Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bagi meningkatkan PPIK guru Seni Visual dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran PSV.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Pedagogi ilmu kandungan; Pendidikan seni visual; Sekolah menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19203
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jul 2022 01:00
Last Modified:03 Aug 2022 01:08

Repository Staff Only: item control page