Kecenderungan cubaan membunuh diri dalam kalangan gay dan lesbian di Malaysia

Siti Hajar Jamal, and Salleh Amat, and Nasrudin Subhi, (2019) Kecenderungan cubaan membunuh diri dalam kalangan gay dan lesbian di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1(SI)). pp. 151-161. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204

Abstract

Isu cubaan membunuh diri semakin menular dalam kalangan masyarakat disebabkan tekanan hidup yang melampau. Isu-isu cubaan membunuh diri ini juga melibatkan golongan gay dan lesbian. Golongan muda yang terlibat dalam hubungan sejenis mempunyai kecenderungan cubaan bunuh diri disebabkan faktor persekitaran, gangguan mental, tekanan dan kemurungan. Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat kecenderungan membunuh diri dalam kalangan gay dan lesbian dari perspektif enam kaunselor berdaftar yang mempunyai pengalaman mengendalikan sesi kaunseling dengan klien gay dan lesbian yang mempunyai kecenderungan cubaan membunuh diri. Kajian ini menggunakan temubual separa berstruktur bagi mengumpul data. Data kajian dianalisis dengan cara meneliti trankripsi rakaman temu bual dan mengenal pasti tema yang muncul berdasarkan objektif kajian dengan bantuan program NVIVO 11. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran, kemurungan dan konflik dalaman diri menjadi faktor utama kepada kecenderungan membunuh diri dalam kalangan gay dan lesbian. Dapatan kajian ini memberi gambaran tentang amalan kaunseling gay dan lesbian di Malaysia, serta mengimplikasikan bahawa kaunselor termasuk guru bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu turut berpengetahuan dalam isu-isu kecenderungan bunuh diri dalam golongan gay dan lesbian bagi membolehkan mereka menangani isu tersebut dengan lebih berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Kaunselor; Cubaan bunuh diri; LGBT; Malaysia
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:19204
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jul 2022 01:08
Last Modified:03 Aug 2022 01:09

Repository Staff Only: item control page