Siti Amira Yaacob, and Ruzian Markom, (2022) Perkembangan dan cabaran terhadap pengawalseliaan pembiayaan institusi pembiayaan mikro di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 30 . pp. 27-38. ISSN 1394-7729
|
PDF
316kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1516
Abstract
Pembiayaan mikro merupakan instrumen kewangan bertujuan membasmi kemiskinan dengan memberi peluang kepada golongan miskin dan berisiko. Aktiviti pembiayaan mikro telah mula dilaksanakan di peringkat antarabangsa termasuk di German, Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh dan Malaysia. Pelbagai model pembiayaan telah dilaksanakan oleh institusi kewangan dan agensi pembiayaan mikro. Kesemua model berkongsi objektif yang sama iaitu pemberian pembiayaan kewangan kepada golongan miskin bagi memulakan perniagaan yang menjana pendapatan. Pengawalseliaaan kesemua institusi pembiayaan adalah dikawal oleh undang-undang yang berbeza. Penulisan ini bertujuan mengkaji perkembangan dan cabaran terhadap pengawalseliaan pembiayaan di institusi pembiayaan mikro di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan ketidakseragaman undang-undang dalam mengawalselia institusi pembiayaan mikro. Kajian ini adalah kajian doktrinal undang-undang tulen. Data kajian diperolehi dari statut, buku dan artikel berkaitan. Akhirnya, kajian ini mencadangkan agar penambahbaikan terhadap pengawalseliaan institusi pembiayaan dilaksanakan bagi memantapkan kerangka pelaksanaan pembiayaan mikro sedia ada.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembiayaan mikro; Perundangan; Institusi kewangan; Agensi pembiayaan mikro; Membasmi kemiskinan |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 19221 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Aug 2022 06:29 |
Last Modified: | 04 Aug 2022 07:47 |
Repository Staff Only: item control page