Pelaksanaan waran tangkap oleh pihak polis dalam kes tunggakan nafkah di mahkamah syariah

Mohd Hazwan Ismail, (2022) Pelaksanaan waran tangkap oleh pihak polis dalam kes tunggakan nafkah di mahkamah syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 30 . pp. 51-60. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
278kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1516

Abstract

Waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah perlu dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) atau pihak polis. Bagi PPA kebiasaannya adalah kes yang melibatkan jenayah manakala bagi kes mal adalah kes-kes yang kebanyakan keingkaran bagi pihak defendan untuk hadir ke mahkamah. Keingkaran hadir ke mahkamah tersebut menyebabkan hakim meluluskan untuk mengeluarkan waran tangkap supaya kes tersebut dapat dijalankan dengan kehadiran defendan. Namun, dalam melaksanakan penangkapan, terdapat masalah yang timbul oleh pihak polis di mana antaranya adalah waran tangkap tersebut tidak dilaksanakan untuk penangkapan, ketidak-tahuan prosedur seterusnya setelah berjaya ditangkap dan kawasan pelaksanaan yang terhad. Oleh itu, objektif dalam kajian ini adalah ia melihat cara polis dalam melaksanakan waran tangkap terhadap penghutang bagi kes tunggakan nafkah di mahkamah syariah. Dalam kajian ini, metod yang digunakan adalah metod pengumpulan data iaitu kajian kepustakaan berdasarkan kitab fiqh, statut undang-undang dan artikel jurnal. Kajian lapangan juga digunakan iaitu dari metod temubual di mana menemubual bersama pihak bailif dan juga pihak polis. Selain itu, metod pemerhati juga digunakan dalam bentuk pemerhatian tanpa penyertaan dan tanpa kawalan. Hasil kajian mendapati, permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama antara pihak bailif Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dengan pihak polis. Pihak polis adalah pihak yang berkuasa untuk menangkap dan dibantu oleh pihak bailif BSK sebagai tindakan prosedur seterusnya. Hakim juga perlu memain peranan penting apabila kes yang melibatkan luar bidangkuasa, perlu memasukkan jaminan agar penghutang dapat hadir ke mahkamah dengan penjamin. Kesan daripada pelaksanaan tersebut, ia menunjukkan ketegasan mahkamah dalam membantu bagi pihak si ibu untuk mendapatkan semula tuntutan haknya.

Item Type:Article
Keywords:Waran tangkap; Tunggakan nafkah; Polis; Perundangan; Mahkamah syariah
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:19223
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Aug 2022 06:45
Last Modified:04 Aug 2022 07:50

Repository Staff Only: item control page