Amalan kebersihan makanan dalam kalangan pengendali makanan kantin sekolah di Ampang Selangor

Khairil Anuar Mohamed, and Zaini Sakawi, and Mohd Yusof Hussain, (2022) Amalan kebersihan makanan dalam kalangan pengendali makanan kantin sekolah di Ampang Selangor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 1-14. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
280kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459

Abstract

Pengendali makanan di kantin sekolah memainkan peranan yang sangat signifikan terhadap keselamatan makanan kepada para pelajar. Makanan yang selamat disajikan memerlukan pengendali yang kompeten dan berpengetahuan terhadap ilmu kebersihan makanan. Penyediaan makanan di kantin sekolah perlu dipastikan berada dalam keadaan selamat bagi menjamin tidak berlakunya kejadian keracunan makanan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan 100 orang pengendali makanan di kantin sekolah yang dipilih secara rawak dari dua (2) orang pengendali makanan di 54 buah premis kantin di seluruh Ampang Selangor. Analisis deskriptif yang dijalankan berhubung tahap pengetahuan terhadap amalan kebersihan pengendali semasa bertugas menunjukkan terdapat hubungan antara pengetahuan dan amalan semasa menjalankan tugas. Pengendali makanan dinilai melalui amalan dan sikap ketika mengendalikan makanan. Pengendali makanan di kantin sekolah perlu dilatih berhubung amalan pengendalian makanan yang bersih. Pemantauan oleh pihak pentadbir sekolah termasuklah PIBG akan membuahkan hasil yang lebih baik terhadap tahap amalan kebersihan dalam penyediaan makanan di kantin sekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan terhadap kebersihan adalah memuaskan. Namun demikian terdapat ruang penambahbaikan yang masih boleh dipertingkatkan bagi membendung kejadian kes keracunan makanan di kantin sekolah. Pengendali makanan perlu lebih peka dengan ilmu keselamatan makanan yang amat perlu diterapkan secara berterusan di kantin sekolah bagi menjamin mutu makanan di kantin sekolah dapat dipertingkatkan serta dapat memulihara kebersihan dan kualiti makanan yang disajikan kepada para pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Pengendali makanan; Kantin sekolah; Makanan selamat; Kebersihan makanan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19229
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 00:31
Last Modified:04 Aug 2022 08:05

Repository Staff Only: item control page