Faktor dan modus operandi jenayah ragut : satu kajian kualitatif

Khairi Anuar Rusli, and Nur Hafizah Yusoff, (2022) Faktor dan modus operandi jenayah ragut : satu kajian kualitatif. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 156-168. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
272kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459

Abstract

Artikel ini menghujahkan tentang penerokaan modus operandi kes ragut kajian menurut perspektif pegawai yang menjalankan soal siasat. Kejadian jenayah ragut di Malaysia amat membimbangkan masyarakat kerana adakalanya mendatangkan kecederaan dan kematian. Fokus utama kajian ini adalah membincangkan faktor-faktor yang mendorong penjenayah ragut melakukan jenayah ragut dan meneliti modus operandi penjenayah ragut. Penelitian dilakukan turut melihat samada terdapat perbezaan modus operandi jenayah ragut yang dilakukan oleh penjenayah pada masa dahulu dan kini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur terhadap pegawai yang menyoal siasat penjenayah ragut. Seramai lima orang pegawai penyiasat yang berpengkalan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang. Kesemua informan mempunyai pengalaman menyoal siasat orang kena tahan (OKT) termasuk mereka yang terlibat dalam jenayah ragut. Analisis tematik digunakan bagi proses menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa faktor penyalahgunaan dadah amat mempengaruhi penjenayah melakukan jenayah ragut. Manakala penggunaan motosikal merupakan modus operandi yang sangat popular untuk penjenayah melakukan ragut. Tiada perbezaan yang ketara dari segi modus operandi penjenayah dahulu dan kini dalam melakukan jenayah ragut. Maka dengan itu, Polis Diraja Malaysia disarankan untuk mempertingkatkan kecekapan dan kepantasan untuk mengurangkan peluang penjenayah untuk melakukan jenayah ragut. Dengan melakukan strategi yang betul serta penggunaan teknologi canggih mampu mengurangkan jenayah ragut di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah; Modus operandi; Pegawai penyiasat; Penyalahgunaan dadah; Sosiologi; Ragut
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19232
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 00:56
Last Modified:04 Aug 2022 08:10

Repository Staff Only: item control page