Faktor kestabilan federalisme multi-etnik di Malaysia : satu eksplorasi teoritis

Abdul Aqmar Ahmad Tajudin, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2022) Faktor kestabilan federalisme multi-etnik di Malaysia : satu eksplorasi teoritis. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 47-63. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459

Abstract

Ketahanan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan multi etnik terbukti apabila ia berupaya mengekalkan kestabilannya sejak kemerdekaannya pada 1957 tanpa sebarang konflik serius yang menggugat keutuhannya. Namun, selepas Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), timbul semula persoalan perpaduan dan penyatuan Malaysia sebagai sebuah negara federal multi etnik. Ini berikutan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan reformasi politik seperti kebebasan bersuara, pelantikan jawatan utama kerajaan yang tidak berasaskan etnik, dan penglibatan bukan Bumiputera dalam dasar afirmatif telah menyebabkan timbulnya perasaan bimbang dan tidak puas hati orang Melayu khasnya golongan konservatif terhadap perubahan dan ketidaktentuan yang dibawa oleh dasar-dasar pemerintahan PH. Akibatnya, wujud gelora-gelora ketegangan di dalam hubungan etnik khasnya antara Melayu dan bukan Melayu di Semenanjung Malaysia, ditandai dengan kebangkitan politik identiti dan kemunculan etno-populisme. Dengan menggunakan konsep federalisme dan data sekunder seperti buku, jurnal dan akhbar, perbincangan artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor kestabilan federalisme multi-etnik Malaysia. Hujah utama artikel ini adalah, meskipun hubungan etnik di Malaysia cenderung tegang dan bergelora, namun sistem persekutuannya tetap stabil. Berasaskan perdebatan dan kerangka federalisme di negara-negara pelbagai etnik kontemporari, artikel ini membincangkan lima faktor yang menyumbang kepada kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan multi-etnik; iaitu kekalnya Melayu/Bumiputera sebagai etnik majoriti dalam persekutuan (Staatsvolk), adanya elemen politik permuafakatan di peringkat pusat, wujudnya parti politik yang bersifat country-wide parties, utuhnya semangat ‘holding together’ dalam kalangan unit-unit persekutuan, dan tradisi kerajaan pusat yang kuat.

Item Type:Article
Keywords:Barisan Nasional; Federalisme multi-etnik; Kestabilan politik; Pakatan Harapan; Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19233
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 01:02
Last Modified:04 Aug 2022 08:12

Repository Staff Only: item control page