Geopolitik Melaka dan pilihan politik pengundi dalam pilihan raya DUN Melaka 2021

Junaidi Awang Besar, (2022) Geopolitik Melaka dan pilihan politik pengundi dalam pilihan raya DUN Melaka 2021. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 64-80. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459

Abstract

Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH memerintah Melaka maka jatuh pula Kerajaan PH dan ditubuhkan Kerajaan BN+PN. Kemudian pada 4 Oktober 2021, empat orang ADUN kerajaan menarik sokongan mereka dan menyatakan sokongan untuk membentuk Kerajaan baharu yang diterajui PH. Namun pada 5 Oktober 2021, Yang Dipertua Negeri Melaka pula membubarkan DUN untuk diadakan satu pilihan raya baharu. Pilihan raya baharu tersebut diadakan dan akhirnya BN menang dengan majoriti dua pertiga. Keputusan pilihan raya tersebut menghasilkan pola pengundian yang menarik untuk dikaji hasil daripada keputusan politik pengundi Melaka. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Melaka dan pilihan politik pengundi dalam PRU DUN Melaka 2021. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Melaka 2021, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemenangan BN, kekalahan PH dan sokongan pengundi yang signifikan kepada PN dalam pilihan raya menghasilkan landskap politik yang menarik untuk dikaji. Pilihan raya tersebut menunjukkan bahawa peratus keluar mengundi jatuh berbanding PRU 2018 kerana wabak pandemik COVID-19, rakyat bosan dengan aktiviti politiking ahli politik yang tidak berkesudahan dan tiada manfaat bagi mereka untuk turun mengundi. Oleh itu, perubahan pola sokongan pengundi dan kejatuhan peratus keluar mengundi tersebut menunjukkan trend luar biasa yang menarik untuk dianalisis oleh pengkaji politik dan diambil pengajaran oleh pimpinan politik menuju pilihan raya umum akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Politik; Geopolitik; Kerajaan; Pilihan raya; Pola pengundian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19234
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 01:08
Last Modified:04 Aug 2022 08:13

Repository Staff Only: item control page