Impak perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap kesihatan mental wanita : satu tinjauan awal di kalangan wanita di Selangor

Farah Fazlinda Mohamad, (2022) Impak perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap kesihatan mental wanita : satu tinjauan awal di kalangan wanita di Selangor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 81-93. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459

Abstract

Masalah kesihatan mental merupakan masalah kesihatan kedua yang menyerang rakyat Malaysia selepas penyakit jantung. Masalah kesihatan mental ini menjadi semakin serius sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia. Hal yang demikian telah memberikan impak yang sangat besar terhadap kelangsungan hidup semua peringkat masyarakat terutamanya golongan wanita. Golongan wanita adalah golongan yang amat terkesan dengan pelaksanaan PKP kerana mereka perlu memegang dan memainkan pelbagai peranan ketika di rumah seperti ibu, isteri, pekerja, suri rumah dan guru. Hal ini telah menjadikan kehidupan mereka lebih mencabar dan ini telah memberikan kesan kepada kesihatan mental mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak PKP semasa pandemik COVID-19 terhadap kesihatan mental wanita dari segi tekanan psikologi iaitu kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety). Kaedah kaji selidik secara atas talian dijalankan bersama 100 orang responden wanita. Instrumentasi kajian ini telah diadaptasikan daripada Patient Health Questionnaire (PHQ-4). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa PKP memberikan impak kepada kesihatan mental wanita dari segi tekanan psikologi, kebimbangan dan kemurungan. Selain itu, faktor sosioekonomi juga mempengaruhi kesihatan mental wanita. Kajian ini memberikan kefahaman kepada masyarakat bahawa kesihatan mental wanita adalah isu yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, masalah kesihatan mental wanita perlulah menjadi agenda utama dalam pembangunan kesihatan mental wanita dan dalam memperkasakan peranan wanita di Malaysia. Intervensi yang bersesuaian juga perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan pemegang taruh seperti menyediakan akses dan peluang interaksi sosial untuk membantu wanita mengekalkan kesihatan mental dan kualiti hidup.

Item Type:Article
Keywords:Kesihatan mental; Kemurungan; Kebimbangan; Pandemik COVID-19; Perintah kawalan pergerakan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19235
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 01:18
Last Modified:04 Aug 2022 08:14

Repository Staff Only: item control page