Informasi Covid-19 sebagai barang awam : analisis Nvivo

Fitrah Mohamed, and Norain Mod Asri, (2022) Informasi Covid-19 sebagai barang awam : analisis Nvivo. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 94-110. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
283kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459

Abstract

Maklumat Covid-19 yang disalurkan melalui pelbagai media bukan sahaja merupakan satu keperluan bagi masyarakat untuk sentiasa melindungi diri, tetapi juga ia menjadi penentu kepada pergerakan individu atau aktiviti yang ingin dilakukan setiap hari. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana maklumat Covid-19 yang disalurkan oleh agensi kerajaan mampu bertindak sebagai barang awam untuk digunakan oleh semua masyarakat tanpa persaingan dan tanpa pengecualian. Menerusi analisis Nvivo terhadap temubual dengan penduduk di Lembah Klang, dua dapatan utama diperolehi. Pertama, dapatan temubual menunjukkan media sosial dan televisyen lebih kerap digunakan informan untuk mendapatkan maklumat Covid-19 daripada agensi kerajaan berkaitan. Kedua, maklumat harian Covid-19 yang disebarkan oleh agensi kerajaan berkaitan berjaya menggalakkan masyarakat untuk mematuhi SOP serta cenderung membuat pembelian dan pembayaran secara dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan; Covid-19; Analisis Nvivo; Barang awam; Media sosial
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19236
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 01:25
Last Modified:04 Aug 2022 08:15

Repository Staff Only: item control page