Kesan demokrasi dan pendemokrasian dalam parti Barisan Nasional

Izairuddin Isnin, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, and Jamaie Haji Hamil, (2022) Kesan demokrasi dan pendemokrasian dalam parti Barisan Nasional. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 111-124. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
277kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459

Abstract

Di dalam sistem demokrasi, pilihan raya merupakan dimensi penting dalam menentukan tahap demokrasi di sesebuah negara. Perbincangan mengenai demokrasi dan pendemokrasian oleh para sarjana telah bermula di zaman Plato lagi. Setiap sarjana mempunyai tafsiran dan takrifan yang tersendiri tentang corak pentadbiran ini. Artikel ini bertujuan untuk melihat kesan demokrasi dan pendemokrasian terhadap politik Malaysia dalam konteks pengekalan dan perubahan rejim parti Barisan Nasional (BN). Artikel ini juga turut meneroka analisis teoritikal demokrasi dan pengelasannya. Turut dibincangkan adalah mengenai proses pendemokrasian termasuk faktor-faktornya yang mencabar sesuatu kuasa pemerintahan. Rekabentuk kajian secara temu bual separa berstruktur terhadap enam orang responden kajian yang terdiri daripada pengamal politik di Malaysia. Dapatan kajian ini disokong dengan sumber sekunder iaitu kajian kepustakaan dipilih untuk mencari jawapan sebenar bagi membincangkan demokrasi dan pendemokrasian terhadap rejim di dunia serta jatuh bangun di arena politik di Malaysia. Dapatan kajian dianalisis dari hasil temu bual enam orang ahli politik yang membantu memperkayakan dapatan kajian ini. Kajian ini dijangka dapat membuktikan amalan demokrasi mengalami jatuh bangun kesan daripada proses pendemokrasian serta amalan elit politik di dalam pertembungan bersama politik pluralis yang semakin terpancar mengikut peredaran dunia. Kesan daripada politik di Malaysia menunjukkan kegagalan kerajaan dalam memahami inspirasi dan iltizam rakyat yang secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada kelangsungan parti pemerintah nasional secara keseluruhannya.

Item Type:Article
Keywords:Ketahanan rejim; Demokrasi; Pendemokrasian; Politik plural; Barisan Nasional
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19237
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 01:32
Last Modified:04 Aug 2022 08:16

Repository Staff Only: item control page