Muhammad Marwan M.Shukrimun, and Supyan Hussin, (2022) Tingkah laku pengundian etnik Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (1). pp. 248-261. ISSN 1823-884x
|
PDF
196kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1459
Abstract
Buat pertama kali dalam sejarah negara, UMNO/BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Banyak kerusi yang gagal dipertahankan termasuklah kawasan yang memiliki jumlah pengundi Melayu yang ramai. Perkara ini menimbulkan persoalan, adakah pengundi Melayu sudah tidak memilih parti berteraskan Melayu seperti UMNO? Kajian ini bertujuan melihat faktor yang mendorong pengundi Melayu melakukan perubahan dalam PRU-14. Kajian dilakukan secara kualitatif melalui temubual melibatkan responden yang menjadi pemegang taruh politik dan juga pakar politik negara. Secara umumnya, responden berpandangan rata-rata pengundi Melayu masih mengundi parti berteraskan Melayu atas faktor identifikasi parti dan sosiologi. Walau bagaimanapun, isu-isu yang berbangkit pada PRU-14 menepati teori pilihan rasional apabila ia turut mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu. Kesimpulannya, pendekatan politik keetnikan kepada kaum melayu Melayu masih relevan sebagai kaedah meraih undi etnik Melayu. Namun faktor-faktor lain juga perlu diambil kira agar mendapat sokongan yang optimum. Kajian lanjut juga perlu dilakukan terutama terhadap pengundi di lapangan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pilihan Raya; PRU-14; Tingkah laku pengundian; UMNO; BN; PAS; Etnik Melayu |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 19245 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Aug 2022 03:12 |
Last Modified: | 04 Aug 2022 08:28 |
Repository Staff Only: item control page