Tahap literasi media mahasiswa ke arah pemahaman mesej patriotisme dalam filem Ola Bola

Fatin NorShalihah Azman, and Wan Amizah Wan Mahmud, (2019) Tahap literasi media mahasiswa ke arah pemahaman mesej patriotisme dalam filem Ola Bola. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
379kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Seiring dengan ledakan teknologi kini, masyarakat juga perlu memiliki kemampuan tahap literasi media yang tinggi supaya mampu membantu memahami informasi yang betul serta perkembangan media massa secara negatif ataupun positif dan dapat diaplikasikan dengan baik dan bermanfaaat bagi khalayak. Kajian ini menggunakan Filem Ola Bola menjadi pilihan dengan kaitan dengan mengenal pasti tahap literasi media mahasiswa kerana filem ini terdapat banyak mesej tersurat dan tersirat yang diterapkan dan bukan hanya difokuskan kepada sukan bola sepak semata-mata. Objektif pertama kajian ini ialah mengenalpasti tahap literasi media mahasiswa berdasarkan kepada 4 dimensi kemampuan literasi media. Objektif kedua pula ialah tahap literasi media dengan kaitan dengan pemahaman mesej patriotik dalam filem Ola bola. Kaedah metodologi kajian ini ialah menemubual kumpulan fokus mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seramai 16 orang responden. setiap kumpulan terdiri daripada 5-8 orang. Kajian ini bersandarkan kepada teori kemampuan tahap literasi media Potter yang berfokuskan kepada 4 dimensi iaitu dimensi kognitif, emosi, estetik dan moral. Hasil kajian mendapati kemampuan literasi media dalam kalangan mahasiswa UKM adalah berbeza-beza dan mereka mampu memahami mesej patriotisme dalam filem Ola Bola dengan baik. Daripada keempat-empat dimensi tersebut, mahasiswa UKM memiliki tahap dimensi kognitif yang paling tinggi, estetik di tahap tinggi, moral di tahap sederhana dan emosi tahap y6ang paling rendah.

Item Type:Article
Keywords:Literasi media; Filem; Mahasiswa; Patriotik; Dimensi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19246
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 03:49
Last Modified:08 Aug 2022 03:59

Repository Staff Only: item control page