Sejauh manakah ketagihan seksual didorong oleh kebimbangan dan cinta berahi dalam kalangan mahasiswa lelaki di Malaysia

Khuldiah Iman Mohd Ghazali, and Hilwa Abdullah, (2019) Sejauh manakah ketagihan seksual didorong oleh kebimbangan dan cinta berahi dalam kalangan mahasiswa lelaki di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/9

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perhubungan antara ketagihan seksual, kebimbangan dan cinta berahi dan untuk melihat bagaimana kebimbangan dan cinta berahi mendorong kepada berlakunya ketagihan seksual terhadap seseorang. Kajian ini dilakukan keatas pelajar lelaki berumur diantara 18 hingga 27 tahun yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Seramai 150 pelajar lelaki yang terlibat di 4 IPTS di Selangor dan 1 IPTS di Melaka yang terlibat dalam kajian ini adalah Saito College, MSU, KDU, GMI, UniKL dan MiCOST. Kajian ini menggunakan tiga borang soal selidik iaitu Beck’s Anxiety Scale (21 Items) bagi mengukur kebimbangan, Passionate Love Scale (30 Items) untuk mengukur cinta berahi dan Sexual Addiction Scale-Revised (45 Items) untuk mengukur tahap ketagihan seks seseorang individu. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan konvinen dan menggunakan SPSS bagi menganalisis data daripada dapatan kajian. Kajian yang lepas menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecelaruan kebimbangan, cinta berahi dan ketagihan seks. Kajian ini mengharapkan bahawa ketagihan seks dapat dibendung dalam kalangan mahasiswa lelaki dengan mengawasi tahap kebimbangan dan cinta berahi seseorang individu dari awal supaya kes-kes jenayah seksual dapat dikurangkan pada masa hadapan. Limitasi kajian ini adalah kebanyakan responden tidak bersifat jujur tentang soalan pada bahagian ketagihan seks dan mungkin kajian yang akan datang boleh dilakukan kepada hanya mereka yang disahkan ketagih kepada seks supaya dapatan kajian dapat dilihat dengan lebih jelas.

Item Type:Article
Keywords:Kebimbangan; Cinta berahi; Ketagihan seksual; Lelaki dewasa awal; Ketagih
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:19247
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Aug 2022 03:54
Last Modified:08 Aug 2022 04:00

Repository Staff Only: item control page